Nuffnang

Showing posts with label bags. Show all posts
Showing posts with label bags. Show all posts

Thursday, January 2, 2020

Visit Malaysia 2020 (peringkat negeri Perlis)

Assalamualaikum...

Untuk pembukaan tahun 2020...akak dijemput oleh Kraftangan Perlis untuk mengadakan pameran dan jualan di Pelancaran Visit Malaysia 2020 (peringkat Perlis)...pada hari Rabu, 1 Januari 2020...

Majlis itu anjuran Tourism Malaysia (Perlis) telah diadakan di Ruang Parking MPK, Gapura Square...dengaq nama tempat macam eehhh kat mana tu...akak yg ic 09 ni pun sesat juga masa mula2 sampai situ...hahaha...sebenarnya kat area belakang arked niaga padang besar tu...sebelum jumpa kawasan khemah2 biru...




Majlis yang paling simple dan sempoi yang pernah akak hadiri...seriusss...selepas ketibaan YB Asmaiza (exco pelancongan)...ada persembahan tarian...gimik perasmian...terus lawatan ke gerai dan sidang akhbar...settle...


Lepas tu ada la jamuan makan...sambil2 dihiburkan dengan persembahan dari JKKN Perlis...dan part paling best persembahan DJ Ed Kucing bersama student PTSS...memang sempoi adik2 PTSS...

Majlis yang simple tapi agak enjoyable...terima kasih kerana bagi peluang untuk akak join majlis pertama 2020...

As salam

Saturday, January 5, 2019

Pasar Karat UTC Perlis

Assalamualaikum

Hari ni akak ke UTC Perlis lagi...untuk satu lagi event mingguan UTC Perlis...Pasar Karat...pasar karat ni di sini pada setiap hari Sabtu jam 5 petang hingga 11 malam...

Ok...ni akak snap la sikit pic Liznim Kraf di sini...




Pic2 kawan2 niaga yang lain nnti akak snap lain kali yer...

As salam

Friday, January 4, 2019

Flea Market @ UTC Perlis

Assalamualaikum

Hari ni akak kat UTC Perlis lagi...join flea market...sebenarnya flea market ni dah mula sejak oktober 2018 dah...ni dah nak masuk 4 bulan dah...

Flea Market ni di buat pada setiap hari Isnin dan Jumaat....bermula dari 9 pagi hingga 6 petang...


Akak ikut flea market ni dari hari pertama lagi...setakat ni baru 3 kali tak datang...rekod yang agak bersih...hehe...

Ok...ni la pic barang-barang jualan akak hari ni...hari ni tak jual baju budak...cuma bawa kluar kraf, aksesori dan beg...





Nanti bila2 ada masa akak letak pic kawan-kawan lain yang meniaga kat sini ek...

As salam