Nuffnang

Sunday, December 7, 2014

Ayam Golek & Nasi Minyak

assalamualaikum....

seperti yang dijanjikan...hr ni akak akn postkn resepi ayam golek nasi minyak yg akak blajar hr tu....akak blm cuba personally lg...but ms blajar tu mmg ikut resepi ni la....



AYAM GOLEK WARISAN

seekor ayam saiz sederhana (anggaran 1/2kg)
santan RM2 (yg ni akak x dpt nk wat anggaran liter)
1 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur

bhn utk dikisar:
2 sudu besar rempah biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil kas-kas
2 biji buah pala (biji dalam)
1 sudu besar lada hitam
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
2 biji buah keras
6 biji cili

Cara memasak :
1. ayam dibersihkan. Jahit bahagian bwh yg terbuka
2. Masukkan bahan yg dikisar td bersama santan ke dalam periuk hingga menutupi ayam
3. Masukkan asam gelugur, lengkuas dan garam.
4. Masak sehingga ayam lembut dan kuah menjadi pekat.
5. Bila ayam dah empuk, angkat, toskan dan biar sebentar.
6. bakar dalam oven selama 15 minit.


NASI MINYAK

1.5 kg beras
air secukupnya
1 tin susu cair
1 inci halia (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 camca margerin
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
3 sudu besar minyak masak
1 helai daun bay
untuk hiasan : kismis, bawang goreng, daun bawang, daun sup

Cara memasak :
1. Cuci beras dan toskan
2. Tumis bawang, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga hingga kuning.
3. Masukkan beras, kacau sekejap, masukkan susu cair dan air. Masukkan daun bay.
4. Masak hingga kering air. Masukkan kismis dan bawang goreng.
5. Hidang dan taburkan dengan daun bawang n daun sup.


AIR ASAM

2 biji bawang besar (dipotong nipis)
3 camca kerisik
4 biji cili merah (dikisar)
2 biji limau nipis
2 biji tomato merah (dipotong nipis)





nasi minyak

ayam golek

air asam

dah siap.....antara tips yg akak dapat....ayam tu kalo utk mkn2 biasa...boleh dipotong kecil2 siap2...coz lebih cepat utk masak...kalo utk pengantin....br wat sekor2 camni...lg satu....resepi ni yg akak blajar la....kalo korg nk tambah or kurangkan sukatan tu utk menyesuaikan dengan selera korg terpulang...ok ja....but jgn byk2 sgt...nnti lari dari rasa sebenar lak....

ok la....rasanya korg dah terliur dgn pic2 kat atas ni....hehe....so...apa lg....sila la cuba sendiri....

as salam

No comments:

Post a Comment