Nuffnang

Wednesday, August 30, 2017

Kerdilnya Diriku

Assalamualaikum....

Salam ambang merdeka...Akak nak cerita kisah semalam...#throwback...hehe...kisah ni agak menginsafkan akak sangat2....toksah intro banyak...mai nak cerita...

Alkisahnya...waktu maghrib semalam...disebabkan di tempat akak meniaga kali ni tak disediakan surau...maka akak ambik keputusan solat di booth saja...akak pun pi la tandas untuk ambik wuduk...

Masa akak sampai ada sorang anak kecil ni tengah wuduk...akak rasa dia dalam lingkungan darjah 1 hingga 3 ja...akak pun masuk 'bilik kecil' sementara tunggu giliran...dah siap akak keluar...tengok ada sorang anak lagi tengah ambil wuduk dengan di'guide' oleh anak kecil yang telah selesai berwuduk tadi...dia ajar satu-satu kepada kawannya tu...

Apa yang terkesan di jiwa akak sampai sekarang ni...betapa anak sebesar tu mampu mengajak kawannya berwuduk dan bersolat tapi kita yang dewasa ni tengok saja orang di sekitar kita tak solat...Allahu !!!

Sebak bila teringat budak sekecil tu mampu berdakwah kepada kawannya...akak yang dah 35 tahun menumpang di bumi Allah ni masih tak mampu buat begitu..."apa yang aku buat selama ni???" betapa kerdilnya diri ini...huhu...

Cuba kita renung di sekitar kita...berapa ramai saudara mara sahabat handai kita yang 'tergelincir' sedikit dari landasan yang sepatutnya...berani tak kita tegur...akak sendiri masih belum betul2 yakin nak buat teguran....walaupun kita tau teguran kita tu satu sumbangan kecil dakwah kita...

Mulai hari ni...jom la kita sama2 insaf...sempena merdeka esok ni...bebaskan diri kita dari jajahan pemikiran yang membuatkan kita sentiasa takut untuk bergerak ke arah kebaikan...merdeka kan diri kita dari segala anggapan negatif yang membuatkan kita takut untuk mengajak org berubah...

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

As salam

No comments:

Post a Comment