Nuffnang

Sunday, January 14, 2018

Husnuzon

Assalamualaikum...

Akak baru ja lepas tgk rancangan Tazkirah Malam Jumaat kat Astro Maya HD tadi...x sure plak bila punya rancangan tu...tapi akak belum nengok lagi...Topik malam ni ialah HOSNUZON...maafkan akak andai salah ejaan...

Husnuzon maksudnya bersangka baik...setiap dari kita dituntut untuk berhusnuzon pada pertama Allah, kedua diri sendiri dan ketiga jiran, kawan dan saudara...

Ada satu cerita ustaz cerita tadi...seorang tu dapat masuk syurga...bila diperhatikan amalannya cuma biasa2 saja...lalu apabila para sahabat bertanya apakah amalannya...katanya...setiap kali dia bangun dari tidur dia akan bersangka baik pada semua orang....

Itu la yang sepatutnya kan...kalo nak ikutkan perbezaan pendapat memang sangat banyak...terutamanya dalam zaman online ni...keyboard warrior bersepah2...tapi kalo kita amalkan husnozon ni...kita x akan sibukkan semua tu...sbb kita cuma fikir yang baik2 saja...

Dengan mengamalkan husnuzon insyaAllah kita akan menjadi lebih tenang...seriously bila kita fikir yang baik2...tak bersangka buruk...kita akan rasa lebih aman...

As salam

No comments:

Post a Comment