Assalamualaikum....
Semalam akak ada share kat fb & insta aka wat makaroni bakar tak pedas...sejak si comel ni dah boleh makan...setiap hari akan ada satu masakan versi tak pedas untuk dia...
Sebelum2 ni akak dah penah buat makaroni goreng dan ariana makan dengan berseleranya...so...akak pun mengoogle cari resepi makaroni bakar...untuk tau basic sbb nnti akak akan alter...
Setelah mensurvey beberapa blog...akak pun combine semua resepi yang akak rasa senang dan akak cipta la resepi sendiri...maka ini lah hasilnya...
MAKARONI BAKAR TAK PEDAS
Makaroni
Bawang holland
Daun sup
Telur
Tomato puree
Inti dan perasa
Isi ayam potong kecil (kalo nak letak udang ker daging pun blh)
Sosej
Cendawan butang
Bawang putih
Rempah kurma
Perencah sup
Garam
Sos cheese
Butter
Cheese
Susu full cream
Tepung gandum
Cara-caranya
1. Rebus makaroni...letak minyak zaitun untuk mengelakkan makaroni melekat...letak garam sket...
2. Dah masak toskan dan letak tepi kejap...
3. Tumis bawang putih...masukkan isi ayam..masukkan sosej dan cendawan butang...
4. Masukkan perencah sup dan perencah kurma...jangan lupa masukkan garam...
5. Masukkan makaroni...bawang holland dan daun sup...kena rasa dulu...kalau belum cukup rasa boleh tambah garam, perencah sup dan perencah kurma...
6. Bila rasa dah ok...masukkan ke dalam bekas pembakar
7. Dalam satu periuk...panaskan butter...masukkan cheese...akak guna cheese slice ja...
8. Masukkan susu...masukkan tepung gandum...kena sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul...
9. Tuangkan sos cheese ke dalam bekas makaroni...
10. Masukkan telur yang telah dikacau perlahan...dan tomato puree...
11. Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit (ikut suhu oven sendiri)
12. Hidangkan dengan mayonis
Itu la serba ringkas resepi akak...akak x suka letak sukatan...sbb bagi akak lebih baik ikut citarasa sendiri...
Bagi yang nak rasa pedas sikit2...tambah lah serbuk lada sulah, lada hitam dan sos masa makan...
As salam...
No comments:
Post a Comment