Nuffnang

Friday, January 5, 2018

Tahfiz Muda Qari Junior

Assalamualaikum....

Sejak astro oasis siarkan rancangan tahfiz muda...akak mesti tak akan lepaskan peluang menonton...sejak musim lepas lagi...lagi satu rancangan yang serupa tu sblm ni ada qari junior di media prima...

Akak suka sangat rancangan yang macam ni...bukan setakat suka tengok anak2 comel tu tapi rasa bersyukur bila masih ada lagi ibu bapa zaman ni yang mampu didik anak hingga ke peringkat macam tu...

Kalau ampa baca paper metro hari ni mesti terbaca pasal adik ziyyad...seorang budak berusia dua tahun lapan bulan yang mampu menghafal 42 surah !!! subhanallah !!! Bagi yang belum baca...boleh baca kat sini Cerita ziyyad

Akak sangat kagum dengan ibu bapa depa ni...sambil2 tu tertanya pada diri sendiri...mampukah aku mendidik anak sehebat mereka...Ya Allah kuatkan semangatku untuk menjadi ibu segigih setabah dan serajin mereka...teringin sangat anak menguasai ilmu akhirat seperti anak2 kecil tersebut...

As salam

No comments:

Post a Comment