Penghujung tahun 2019 Allah bagi rezeki untuk akak, Ariana dan mak untuk menghadiri kenduri saudara di Felda Selancar 3, Rompin...mengikut rancangan asalnya abah yang akan pi...tapi atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan abah tak dpt pi...dan kaknim dan Ariana yang ganti tempat abah..
Kenduri tu sebenarnya di umah bapa sedara mak ataupun tok sedara akak...so paham2 la bila pi umah sedara...jumpa sedara jauh2 yang dah lama tak jumpa...yang last jumpa dulu kecik skrang dah beso...yang dulu muda skrng dah berusia...
Ambik kesempatan di pelaminan org...hehe... |
Kita pi kenduri ni bukan semata2 untuk makan...tapi yang utamanya untuk meraikan jemputan...selain itu penting untuk kita bersilaturahim sesama saudara juga sesama sahabat handai...
Jadiiii....bila dapat jemputan...sedaya upaya cubalah untuk memenuhi undangan tersebut...kerana itu akan sangat mengembirakan tuan rumah...jangan lupa jaga tata tertib dan adab susila di rumah orang yerrr....
As salam...
No comments:
Post a Comment