Nuffnang

Thursday, January 2, 2020

Visit Malaysia 2020 (peringkat negeri Perlis)

Assalamualaikum...

Untuk pembukaan tahun 2020...akak dijemput oleh Kraftangan Perlis untuk mengadakan pameran dan jualan di Pelancaran Visit Malaysia 2020 (peringkat Perlis)...pada hari Rabu, 1 Januari 2020...

Majlis itu anjuran Tourism Malaysia (Perlis) telah diadakan di Ruang Parking MPK, Gapura Square...dengaq nama tempat macam eehhh kat mana tu...akak yg ic 09 ni pun sesat juga masa mula2 sampai situ...hahaha...sebenarnya kat area belakang arked niaga padang besar tu...sebelum jumpa kawasan khemah2 biru...




Majlis yang paling simple dan sempoi yang pernah akak hadiri...seriusss...selepas ketibaan YB Asmaiza (exco pelancongan)...ada persembahan tarian...gimik perasmian...terus lawatan ke gerai dan sidang akhbar...settle...


Lepas tu ada la jamuan makan...sambil2 dihiburkan dengan persembahan dari JKKN Perlis...dan part paling best persembahan DJ Ed Kucing bersama student PTSS...memang sempoi adik2 PTSS...

Majlis yang simple tapi agak enjoyable...terima kasih kerana bagi peluang untuk akak join majlis pertama 2020...

As salam

No comments:

Post a Comment