minda & tafsiran

assalamualaikum....

dasat gak tajuk mlm ni...padahal bukan apa sgt pn akak nk blogging ni.....sket2 ja....just about humanity....lama tak tulis pasal tu...asyik luahan perasaan ja kn semenjak dua menjak ni....

lama tak kongsi pasal humanity ni....so mlm ni nk citer2 la pasal manusia, minda & tafsiran.....

setiap manusia mempunyai tahap minda dan pemikiran yang berbeza.....ada yang IQ tinggi dan ada yg rendah...ada yg berfikiran advance dan maju...dan ada juga yg berfikiran mundur dan kolot.....jgn kita kata pada zaman IT ni dah x ada org yg kolot....salah tu....golongan ni masih wujud....kolot ni dilihat dari byk aspek.....ada yg masih tak menerima kemajuan IT dan perkembangannya....ada yg kolot dari segi pemikiran dan sikap (masih berfikir seperti 10-20 thn yg lepas) dan ada juga yg kolot dari segi budaya (masih mengamalkan amalan yg sudah tidak relevan dgn zaman skrang)

byk faktor yg menyebabkan perbezaan tu berlaku....antaranya pemakanan, persekitaran, pembelajaran dan tak lupa cara kita mengasah dan mengunakan minda itu sendiri.....mungkin pemakanan hanya memberi pengaruh kecil, tp persekitaran mmg memberi pengaruh pada perkembangan minda seseorg.....dimana kita membesar....dgn siapa kita membesar....kwn2....sekolah.....universiti dan tempat kerja biasanya akan memberi pengaruh pada pemikiran kita.....selain tu...tahap pembelajaran juga boleh membezakan minda seseorg......dan yg terakhir cara kita mengunakan minda kita sendiri....mungkin ada org yg x belajar tinggi tp mindanya bagus...ini mungkin kerana dia slalu berfikir dan menggunakan mindanya untuk hal2 yg berguna.....

so....kita tak bolehlah nak samakan pemikiran semua org.....bila kita kemukakan sesuatu pendapat....mmg ada pihak yg akan terima dan ada yg tak menerima......ini disebabkan oleh perbezaan pemikiran manusia.....kdg2 ada pihak yg telah menyalah tafsirkan apa yg kita kata.....dan itu lah yg menyebabkan mereka tidak mahu menerima pendapat tersebut....

benda ni mmg kerap sgt terjadi....bila kita kata sesuatu.....walaupun bg kita hal tu cukup jelas....namun malangnya....ada yg tersalah tafsir.....dan kadang benda yg sepatutnya kecil telah menjadi terlalu besar bg org lain....padahal apa yg kita sampaikan pada mulanya bermaksud lain.....kalo biasa2 ja ok la jgk....kdg2 smpai berlaku hal yg negatif disebabkan salah tafsir tu....paling memeningkan kalo hal tsebut dipanjang2 kan....dan melibatkan ramai pihak.....

dlm hal ni....rsnya lgkh yg paling bijak ialah kita kena berhati2 bila bercakap.....walaupun kita tak bermaksud nk ckp benda tu, tp disebabkan salah tafsiran, hal lain yg berlaku.....yg mana semua ni berpunca dari perbezaan minda manusia....kdg2 nak marah org tu pun tak berbaloi sbb kita tau tahap minda dia camna.....nak bergaduh lagi la....mengabihkan air liur ja....kalo dah jadi sekali.....lebih baik beringat dan berhati2 sampai bila2....tul kan..... :)

tu ja utk mlm ni.....

salam.....

Comments

  1. pendapat tu subjektif...lain otak lain pandangan n fikiran. jgn suka assume je, tu pasal kadang2 jadi negatif. kena fikir dulu sebelum bercakap or berindak ye dak? hehe

    ReplyDelete
  2. yup....dgr betul2 dlu...phmkan elok2....br bg pendapat...jgn lepas ckp je kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keychain handmade paper @ Liznim Kraf

Liznim Kraf @ Galeri Kraftangan Perlis

Tips Rawatan Demam Campak