Be Creative !!!!


assalamualaikum......

lama tak berblogging....bkn per...tatau nak bincang pasal per...rasa blur semenjak 2 menjak ni...kekadang penyakit blur ni menjadi-jadi lak...tanpa diminta.....sampai kekadang terpikir...aku nak wat pa ni....blh lak duduk berpikir 2 3 minit...padahal lam planner...berderet keja menanti....

citer pasal penyakit blur ni....nak bincang sket sesuatu yang bertentangan dengan blur ni...which is kreatif...ubat yg paling mujarab untuk penyakit blur ni ialah kreatif...saya panggil blur ni penyakit bkn sbb per...sbb saya rs menyusahkan hidup la kalo saya slalu jdk blur ni....logiknya...bila fikiran n tindakan kita kreatif....kita mesti cekap n cepat dalam setiap tindakan n tak la blur...camtu la kot...hurmm....

bg pendapat saya la...setiap manusia patut dilatih untuk menjadi seorang yang kreatif sejak kecil lagi...sejak dari zaman kanak-kanak lagi...sebabnya....pendedahan awal inilah yang akan meransang minda kanak-kanak dan menajamkan pemikiran dorg..dan inilah salah satu cara untuk membuatkan kanak-kanak menjadi bijak...

petang td ms tgh cr channel tv....ter'tgk' kat tv9 ada satu rancangan dipanggil KRAF KRAF KREATIF...rancangan ni untuk kanak-kanak...tatau la sejak bila start atau juz untuk cuti sekolah ni jer...disebabkan saya ni mmg minat ngan kraf ni...rancangan budak2 pun jadik la...blh layan jer....bagus rancangan tu...dia ajar budak2 untuk manfaatkan cuti sekolah ni untuk wat keja kraftangan untuk isi masa lapang..

sesetengah parent tak brapa suke anak2 dia wat keja kraf camni...dia cakap menyemak la...buang masa la...bg parent yg cakap mcm tu...sebenarnya dia ni jenis tak penah think out of the box...pemikiran dia juz dalam kotak jer....tatau ler kotak kasut ker kotak jam...hehe...pembelajaran bukan sekadar mengunakan buku semata2...Allah dah ciptakan alam kita luas tanpa batasan...dan Dia dah suruh kita manfaatkan segala anugerahNya...so tak salah kanak2 ni nak gunakan benda lain dari buku sebagai bahan pembelajaran dorg...

itu untuk kanak2...org dewasa pun sama la jgak...perlu sentiasa kreatif dalam kehidupan...terutamanya usahawan....tiap2 kali g kursus keusahawanan...dorg dh bgtau...ciri usahawan..salah satunya ialah kreatif..ini bermakna usahawan dalam bidang apa sekalipun perlu sentiasa mengunakan pemikiran kreatif mereka untuk memastikan produk atau perkhidmatan mereka sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan...usahawan perlu kretif dalam mencipta produk...memasarkan produk....dan dengan mengunakan kretiviti ni sebenarnya...kita dapat mencari dan mencipta kelainan untuk produk kita berbanding produk yang sedia ada di pasaran......tak kira bg industri apa sekalipun....

dalam industri kraftangan....kreativiti ni amat penting....boleh dikatakan ini adalah nilai utama yang perlu ada dalam diri setiap usahawan kraftangan....ya la kan....kita perlu memastikan design produk yang kita wat sentiasa up to date...some time...bila kita dapat special order....kita kena pastikan yang design kita tu betul2 exclusive..tak sama dengan org lain nyer..ini semua memerlukan daya kreativiti yang tinggi...manakala bg usahawan dalam industri makanan pula (juz my opinion..coz takde pengalaman dalam industri ni)...contohnya...dorg perlu cari kreatif dlm mempelbagaikan rasa makanan...kreatif dalam mencari jalan membuatkan sesuatu produk itu tahan lama....

so kesimpulannya...what ever it is...where ever we are....be creative....even ada sesetengah org menyalahguna kreativiti dorg ke arah negatif...tak yah la kita bincangkan hal2 tak elok tu....juz doakan yg semua manusia...hamba Allah yg ada di muka bumi ni akan memanfaatkan akal fikiran dorang ke arah yang lebih baik....n akan mengunakan kreativiti yg dorg ada ke arah kebaikan...

insyaAllah.....

p.s crystal handphone strap tu hasil kreativiti yg Allah kurniakan untuk saya...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keychain handmade paper @ Liznim Kraf

Liznim Kraf @ Galeri Kraftangan Perlis

Tips Rawatan Demam Campak